Senin, 09 Oktober 2017

Heboh! Fakta Seputar Yajuj dan Majuj! 2017-2018

21277888_1879496269045106_1084309505_o

Perang Terakhir Islam! Tanda Kiamat PecahNya Tembok Zulkarnain oleh Yakjuj & Makjuj, Turun Nabi Isa! dan How Gog and Magog Imprisoned by Zulqarnain - Battle of Yajooj Majooj

Q.S al-Kahfi, a. 94-95: Mereka berkata, “Wahai Zulkarnain! Sungguh, Yakjuj dan Makjuj itu (makhluk yang) berbuat kerusakan di bumi, maka bolehkah kami membayarmu imbalan agar engkau membuatkan dinding penghalang antara kami dan mereka?”

Dia (Zulkarnain) berkata, “Apa yang telah dikuasakan oleh Tuhanku kepadaku lebih baik (daripada imbalanmu), maka bantulah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku dapat membuatkan dinding penghalang antara kamu dan mereka.

YAKJUJ & MAKJUJ ADALAH KAUM YANG MEROSAKKAN BUMI

Yakjuj dan Makjuj TIDAK mendatangkan kemajuan, tidak memberi sebarang manfaat dan hanyalah Perosak Bumi.

Disebutkan ciri-ciri Ya’juj Ma’juj bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Kalian mengatakan tidak ada musuh, padahal sesungguhnya kalian akan terus memerangi musuh sampai datangnya Ya’juj Ma’juj; mukanya lebar, matanya kecil, dan terdapat Bulu-bulu yang kotor (penuh seperti haiwan). Mereka datang dari setiap arah dan wajah-wajah mereka seperti perisai (amat buruk).” [ HR Ahmad, Sahih ]

[Terjemahan] Mimpi Hidayah Muhammad Qasim (2014-2017): 
“Bismillah ar-Rahman ar-Rahiim. Assalammu’alaikum. Saya (Qasim) melihat mimpi hidayah mengenai Yajuj dan Majuj dan saya akan menyampaikan mimpi tersebut sekarang. Yakjuj dan Makjuj mempunyai dua warna iaitu Hitam dan Putih. Mereka adalah sama hanya berbeza pada warna mereka. Ya’juj dan Ma’juj seolah-olah seperti berlainan jenis Gorilla yang besar. Apabila mereka keluar, kemudian mereka tidak berhenti. Dan mereka memiliki perasaan marah yang unik yang mereka pendam kepada sekalian manusia, kerana manusia, mereka telah pun dikurung berkurun lamanya dan mereka ingin membalas dendam kepada manusia.

YM1

Yajuj dan Majuj tinggal di dalam dewan yang besar di dalam bumi dan jalan menuju dewan itu adalah melalui sebuah gua yang besar.
YM2

Gua besar ini terus menuju ke dalam bumi, jalan dari gua menuju dewan itu lebih kecil tetapi Yakjuj dan Makjuj dengan mudahnya pergi dan berjalan dari gua ke sini. Atap ruang itu adalah sangat tinggi dan tidak dapat dipanjat Yakjuj dan Makjuj. Dan di atas ruang itu ada lubang kecil yang boleh dimasuki udara dan cahaya.
YM5

Apabila Yakjuj dan Makjuj berada di dalam dewan, mereka tidak tahu apa yang berlaku di kawasan gua atau di jalan yang menuju kawasan gua. Apabila Yakjuj Makjuj keluar maka mereka menyebarkan kerosakan dan selepas menyebarkan kerosakan mereka akan pulang ke dalam dewan. Dan mereka tinggal di dalam dewan selama empat ke enam bulan dan mereka tidak keluar dan pada masa itulah Zulqarnain membina tembok untuk menutup tempat masuknya gua.
Mula-mula sekali Zulqarnain menyekat jalan di dalam gua, apabila jalan di dalamnya telahpun disekat menghalang Yakjuj Makjuj. Kemudian Zulqarnain membina tembok besi yang teguh untuk menutup pembukaan gua dan ianya mengambil masa enam tahun untuk membina tembok ini.

Sebelum Ya’juj dan Ma’juj keluar, beberapa minggu sebelum itu, peperangan teruk bagi manusia berlaku dengan Dajjal dan hampir banyak peluru semakin habis ketika dalam peperangan itu. Dan apabila Yakjuj Makjuj keluar, maka mereka tidak memiliki senjata kebal untuk melawan Yakjuj Makjuj. Dan di dalam mimpi, saya pergi melawan seseorang yang keras kepala dan sebelum saya pergi, saya menghantar keluarga saya dan beberapa orang ke dalam kereta api yang canggih dan saya memberitahu mereka untuk menunggu disini, dan apabila saya kembali maka kami akan meninggalkan tempat ini selamanya dan pergi bergabung bersama Nabi Isa AS.

Dan apabila saya telah membunuh seseorang yang keras kepala itu dengan pertolongan Allah, maka saya mendengar suara Nabi Muhammad SAW, bahwa: “Qasim, Yakjuj dan Makjuj telah keluar. Cepat pergi ke rumahmu.” Saya pergi ke rumah saya sebelum Yakjuj dan Makjuj. Apabila saya sampai sana, semuanya dalam keadaan baik. Saya memberitahu orang supaya duduk dengan berhati-hati, Yakjuj dan Makjuj telah keluar dan mereka boleh menyerang kereta api kami.
Saya menghidupkan kereta api dan naik ke atas kereta api, sekiranya Yakjuj dan Makjuj menyerang maka saya akan membunuhnya dengan cahaya Allah. Cahaya Allah lalu muncul di jari telunjuk saya dan dalam perjalanan balik ada 4 atau 5 warna putih Ya’juj dan Ma’juj menyerang kenderaan kami dan apabila saya nampak mereka kelihatan seperti sedang turun dari langit. Mereka menyerang dengan suara yang menyeramkan dan kelajuan yang cepat, tetapi apabila saya memancarkan cahaya Allah ke atas mereka lalu mereka mati di udara.
YM4

Di dalam satu mimpi, saya melihat Ya’juj dan Ma’juj berlari dengan pantas, dan mereka melakukan lompatan kecil kemudian lompatan yang lebih tinggi lalu mereka berada tinggi di atas udara, kemudian mereka menyerang ke bawah supaya tidak seorang pun yang mempertahankan diri sendiri. Cara yang terbaik untuk membunuh Yajuj dan Majuj meurut apa yang saya faham ialah membunuh mereka ketika mereka masih berada di udara disebabkan pergerakan mereka yang lebih pantas dan badan mereka yang kuat. Kekuatan mereka banyak terletak di bahagian kaki dan tangan. Di dalam perjalanan saya nampak beberapa orang berhenti untuk mengambil ke dalam kereta api dan orang yang bersama denganku menyuruh untuk tidak berhenti kerana boleh jadi bahaya tetapi saya memberitahu mungkin saya dapat menyelamatkan beberapa orang lagi.
Apabila saya menghentikan kereta api, Yakjuj Makjuj yang berwarna Hitam mula menyerang oleh kerana malam maka saya tidak dapat melihat dengan jelas tetapi saya membunuh mereka dengan cahaya Allah dan orang yang bersama dengan saya juga selamat dengan rahmat Allah dan juga kami tidak mengalami kecederaan tetapi beberapa orang terbunuh ketika saya berhenti. Orang juga berkata, “Qasim, kau akan menyebabkan kami terbunuh ketika mencuba menyelamatkan beberapa orang,” dan saya berkata kalian benar, kita tidak patut mengambil risiko dan kemudian kami tidak berhenti dimana-mana dan dengan rahmat Allah, kami sampai kepada Nabi Isa AS pada waktu Fajar.

Nabi Isa AS turun ke bumi beberapa masa yang lalu sebelum kami sampai kepadanya kemudian kami mula hidup bersama Nabi Isa AS.

Saya tidak pernah melihat mimpi tentang apa yang Yajuj dan Majuj makan, dan bagaimana mereka hidup di dalam tembok itu selama beberapa tahun dan berapa banyakkah mereka dan sesiapa yang membunuh mereka semua tetapi saya melihat Yajuj dan Majuj memusnahkan seluruh dunia dan hanya sedikit manusia sahaja yang tinggal. Allah Maha Mengetahui.

Mohon sebarkanlah kabar mimpi hidayah ini kepada Umat Islam kesemuanya di mana sahaja berada, Jazakumullah Khairan. Wassalammu’alaikum.”

Tidak ada komentar:

Posting Komentar