Selasa, 24 Oktober 2017

Secara Bahasa Panji-Panji Hitam Bukanlah Bendera

Bismillāh ar-Rahman ar-Rahīm.
Pada asalnya ﺭَﺃْﻳَﺔ (ra’ya)  adalah sebuah kata benda yang berakar dari ﺭَﺃْﻱ (ra’y, “penglihatan”, “pandangan”), dan telah dikenal baik berdasarkan sejarah bahawa kata “ar-Rayat” berfungsi untuk tujuan identifikasi / alat pengenal.
Sebab itu, kata “Panji – Panji Hitam” berfungsi / bermakna sebagai alat pengenal yang akan berlaku di masa depan yang ianya akan terbit ( tathlu’u , ﺗَﻄْﻠُﻊ ) di angkasa dan akan memerangi musuh – musuh kamu dengan suatu cara yang belum pernah dikerjakan oleh umat manapun sebelumnya.
Q.S. al-An’am ayat 65:
قُلْ هُوَ الْقَادِرُ عَلَىٰ أَن يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عَذَابًا مِّن فَوْقِكُمْ أَوْ مِن تَحْتِ أَرْجُلِكُمْ أَوْ يَلْبِسَكُمْ شِيَعًا وَيُذِيقَ بَعْضَكُم بَأْسَ بَعْضٍ ۗ انظُرْ كَيْفَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ لَعَلَّهُمْ يَفْقَهُونَ – 6:65
Dari Sa’a bin Abī Waqqās: Rasulullah SAW ditanya tentang ayat ini, berkata: “Katakanlah: “Dia-lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah / berpuak-puak, dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain”. Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya.” lalu beliau SAW bersabda: “Kejadian dari ayat ini akan berlaku, dan tafsir dari ayat ini belum ada hingga masanya tiba.”
Nabi Muhammad SAW bersabda:
ﺛُﻢَّ ﺗَﻄْﻠُﻊُ ﺍﻟﺮَّﺍﻳَﺎﺕُ ﺍﻟﺴُّﻮﺩُ ﻣِﻦْ ﻗِﺒَﻞِ ﺍﻟْﻤَﺸْﺮِﻕِ ﻓَﻴَﻘْﺘُﻠُﻮﻧَﻜُﻢْ ﻗَﺘْﻼً ﻟَﻢْ ﻳُﻘْﺘَﻠْﻪُ ﻗَﻮْﻡٌ
= “…kemudian TERBIT panji – panji hitam dari sebelahnya timur, lantas mereka membunuh kamu dengan suatu cara yang belum pernah dikerjakan oleh umat manapun sebelumnya…”
[ Sunan Ibnu Majah 4084 | Marfu’ | Sahih ]
Nabi Muhammad SAW bersabda:
ﺣَﺘَّﻰ ﻳَﺒْﻌَﺚَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺭَﺍﻳَﺔً ﻣِﻦَ ﺍﻟْﻤَﺸْﺮِﻕِ ﺳَﻮْﺩَﺍﺀَ = “…hingga Allah menghantarkan panji – panji hitam dari timur…”
[ Nuaim Kitab al-Fitan | Ghair Sahabi | Dhaif ]
[ kesemua perawinya adalah tsiqah (dapat dipercaya) – hadits ini boleh menjadi Sahih menurut Ibnu Hibban, dengan metodologi Mursal Ghair Sahabi ]

Tidak ada komentar:

Posting Komentar