Jumat, 15 Mei 2020

Burung itu ternyata Jet

Qasim berkata, Aku melihat mimpi ini pada 21 Disember 2017. Di dalam mimpi ini, Aku mendapat berita bahawa Amerika Syarikat akan membuat pengumuman penting. Aku menyangka bahawa mungkin ini ada kaitannya dengan Palestin. Kemudian Aku berkata, Aku mesti ke sana untuk mengetahuinya. Kerana pengumuman ini akan menjadi sangat penting kepada keselamatan umat Islam.
Aku duduk di dalam sebuah mesin udara dan terbang ke sana. Presiden Amerika Syarikat sedang duduk di sebuah tempat seperti pejabat. Beberapa orang juga sedang duduk di situ. Aku masuk ke dalam dan tiada sesiapa yang perasan terhadapku. Tiba-tiba, Presiden Amerika Syarikat berdiri dan terdapat sehelai kertas di tangan beliau. Kemudian beliau berkata, “Hai India.” Aku tertanya mengapa beliau berkata demikian? Kemudian beliau menunjukkan kepada semua orang kertas tersebut yang menyebabkanku terkejut.
Terdapat sebuah peta Pakistan dan India dengan warna yang sama dan tiada sempadan diantara keduanya ?!Beliau kemudiannya menandatangani kertas tersebut dan mula ketawa dengan kuat. Kemudian, beliau menunjukkan kertas tersebut kepada semua orang dan menyambung ketawa. Kini, India akan mengawal Pakistan. Aku memegang kepalaku dalam keadaan terkejut terhadap apa yang beliau rancangkan.
Kemudian Aku menyedari beliau berkata “Hail India” bukannya “Hai India”. Aku tidak dapat mempercayai perancangan mereka ini. Aku kembali kepada orang ramai (ke Pakistan) dengan berlari dan berkata “Bangun dan selamatkan negara ini.” Mereka telah membuat perancangan terhadap Pakistan sama seperti apa yang mereka lakukan kepada Palestin.
Mereka berkata Qasim, rancangan sedemikian telah dilakukan terhadap Pakistan sebelum ini, tetapi tiada apa-apa yang berlaku dan Pakistan masih di sini. Tentera kita sangat kuat dan tiada sesiapa boleh malah berani untuk mencabar Pakistan dan kita telah mengalahkan India beberapa kali sebelum ini. Aku berkata Ya, tetapi kita tidak seharusnya memandang rendah akan keupayaan mereka dan pada kali ini, India mempunyai kuasa asing bersama mereka dan tidakkah kamu ingat bahawa umat Islam berfikiran yang sama seperti semasa peperangan Uhud? Mereka menyangka bahawa mereka telah memenangi peperangan tersebut namun tiba-tiba mereka terkepung dan penguasaan bertukar tangan dan umat Islam menderita kehilangan yang besar?
Kita tidak seharusnya memandang rendah terhadap mereka yang ingin memusnahkan kita. Mereka merancang terhadap kita dan kita hendaklah merancang untuk menyelamatkan negara ini. Kemudian Aku beredar dari situ dan bergerak ke arah yang lain. Di dalam perjalananku, Aku melihat sekumpulan burung sedang terbang di atas langit. Aku berkata, burung apakah ini? Apabila Aku melihat dengan teliti, Aku mendapati bahawa itu bukanlah burung. Sebaliknya, itu adalah jet-jet pejuang yang sedang terbang pada altitude yang tinggi. Aku menjadi bimbang apabila melihat mesin yang tidak dikenali sedang terbang di ruang udara Pakistan.
Kemudian Aku pergi ke sebuah bangunan yang besar dan bertemu dengan beberapa orang di situ. Aku memberitahu mereka tentang berita tersebut (tentang mesin asing) dan mereka berkata bahawa tentera Pakistan akan menguruskan hal ini, jadi jangan bimbang. Aku berkata, berapa ramai tentera Pakistan yang dapat menahannya? Kenapa mereka tidak bertanggungjawab untuk semua ini dan kamu semua tidak bertanggungjawab untuk apa-apa?
Aku berkata bahawa pihak tentera sedang melakukan apa sahaja yang boleh namun, disebabkan oleh kekurangan dana, mereka tidak mampu mempertahankan semua kawasan. Ini akan menyebabkan banyak kawasan terdedah kepada bahaya dan Pakistan juga akan sentiasa kehilangan wang. Tentera tidak dapat bertempur tanpa dana-dana ini. Kemudian Aku berjalan pergi meninggalkan mereka dan pulang ke rumah. Aku berfikir bahawa mereka semua sedang tidur. Bagaimanakah untuk menghentikan perancangan mereka (musuh) itu ?
Mimpi itupun berakhir di situ

Tidak ada komentar:

Posting Komentar