Jumat, 15 Mei 2020

Jualan Burung

Pada 19 Februari 2016 Muhammad Qasim melihat sebuah mimpi.Dalam mimpi ini kita berada di sebuah bangunan yang sangat besar dan orang-orang yang mengendalikan bangunan ini mencipta system yang menghalang sesiapa sahaja daripada melarikan diri.Saya berasa sangat prihatin dengan sistem ini dan saya mahu melarikan diri.Tetapi saya tidak dapat mencari jalan keluar. Kemudian dalam sebuah mimpi Allah memberitahu saya ada jalan keluar. “ Carilah ia . Aku akan menolongmu”.
Saya segera mula mencari dan saya bertemu dengan beberapa orang.Saya memberitahu mereka bahawa Allah telah memberitahu saya ada jalan keluar dari sistem ini. “Mari kita pergi dan cari !” . Tetapi mereka berkata, “ Adakah kamu gila? Tiada siapa yang pernah melarikan diri bangunan ini dan jika ada , mereka tidak mempunyai petunjuk bagaimanakah caranya . Jadi jangan buang masa kamu dan jangan buang masa kami. Kenapa kamu tidak tinggal di dalam bangunan ini sepertimana orang lain?”
Saya berkata dalam fikiran saya, ‘Maksud kamu hidup seperti seorang hamba?” Saya enggan menerima cara itu jadi saya meneruskan pencarian saya. Saya berjumpa dengan beberapa orang berkuasa, yang mempunyai banyak pengikut . Saya memberitahu mereka bahawa ada jalan keluar dari sini.
Mereka menjawab “ Bawakan dia berjumpa doktor. Dia ini seorang yang gila”.Mereka membawa saya berjumpa doktor dan doktor memberitahu mereka, “ Terdapat kecacatan di hatinya dan tidak ada penawar”.
Selepas melihat ini saya menjadi bimbang kerana tiada seorang pun yang mempedulikan saya dan bantuan Allah masih belum tiba. Saya menjadi marah lalu saya berlalu pergi.
Saya melewati beberapa dewan, sehingga saya sampai ke suatu tempat di mana terdapat cahaya matahari dan cahaya itu bersinar pada satu atau dua orang.Mereka memandang saya dan salah seorang daripada mereka berkata’” Lihat, sungguh cantik baju panasnya!”.Saya melihat baju panas saya dan terkejut. Saya berfikir bilakah saya memakai baju ini sebelum ini? Ia telah menjadi sehelai baju panas yang sangat cantik dengan warna yang menakjubkan.
Saya tidak faham jadi saya terus berjalan ke arah sumber cahaya matahari. Seorang lelaki berkata “Jika dia seorang yang jujur maka dia akan mengedarkan makanan dan wang”.
Saya mengabaikan mereka dan pergi kepada sumber cahaya itu. Terdapat sebuah lubang kecil di dinding di mana cahaya matahari dapat menembus darinya.Saya menjadi gembira. Namun lubang ini tidak cukup besar bagi saya untuk melepaskan diri.
Saya menempelkan tangan saya untuk melihat sama ada saya boleh membuat lubang itu lebih besar dan ia kemudian berkembang sedikit. Jadi saya memasukkan kedua-dua tangan dan kepala saya dan saya berjaya memanjat keluar.
Saya sangat gembira mengetahui bantuan Allah telahpun tiba.Saya pergi ke hadapan dan menjumpai rumah saya.
Di rumah saya terdapat banyak burung di dalam sangkar. Burung-burung itu kelaparan dan berkicau keras.Kemudian saya berfikir bagaimana saya boleh memberi makan kepada mereka sedangkan saya tidak mempunyai apa-apa untuk diberi. Saya menjadi bimbang sehingga saya mengangkat tangan saya menjadi genggaman dan merasakan biji makanan.
Saya menuangkan biji-bijian itu ke dalam bekas salah seekor burung sehingga ia menjadi penuh. Namun tangan saya masih juga dipenuhi dengan bijirin . Saya menjadi hairan dan berfikir dari manakah biji-bijian ini datang?
Kemudian saya memberikan sejumlah kecil bijirin kepada setiap ekor burung kerana bimbang biji-bijian di tangan saya mungkin habis.Tetapi ia tidak kehabisan. Setelah itu saya memberi burung-burung itu air dan mereka semua pun makan.
Saya menjadi sangat letih selepas melakukan semua itu dan memberitahu diri saya bagaimana sukarnya tugas ini.
Saya membuka pintu sangkar dan memberitahu burung-burung itu supaya keluar pada waktu pagi untuk mencari makanan dan kembali semula ke sangkar mereka pada sebelah petang. Dan juga pastikan sangkar mereka bersih.Mereka semua bersetuju dan berkata kami akan mematuhi semua yang anda perintahkan. Saya menjadi terkejut memikirkan burung-burung apakah yang dapat bercakap dengan saya? Kemudian semua burung itu melakukan apa yang saya minta dan mereka membiak dengan cepat.
Saya berkata bahawa saya akan menjual burung-burung ini kepada orang-orang kaya bangunan dan mendapatkan kekayaan. Saya juga harus melakukan sesuatu untuk menarik perhatian orang-orang di bangunan itu. Selain itu, saya harus menjadi lebih baik daripada mereka sehingga mereka perlu menerima syarat saya.
Saya masih ingat bagaimana mereka tidak mempunyai sumber kuasa dalam bangunan itu.Jadi saya mahu mencipta penjana baru untuk mencipta elektrik.Kemudian penjana yang kuat dan baru muncul di hadapan saya dengan belas rahmat Allah. Saya menjadi kagum bahawa saya baru sahaja memikirkannya tetapi Allah sudah menjadikannya sebuah realiti.
Setelah itu saya berkata kepada orang-orang yang mengendalikan bangunan itu bahawa saya telah mencipta formula yang sangat mudah dan baru untuk menjana elektrik. Kemudian mereka pun menghantar jurutera terbaik mereka dan mereka berasa kagum dengan penjana.
Mereka meminta formula untuk membuat penjana yang sama.
Saya perlu mendapatkan kekayaan untuk membebaskan rakyat. Jadi saya katakan kepada mereka “Adakah anda berfikir bahawa saya akan memberikannya secara percuma kepada anda?”
Selepas itu, saya mendapat banyak kekayaan dengan menjual burung-burung dan formula.
Saya membebaskan ramai orang dari bangunan itu dengan memberikan wang kepada pemiliknya dan saya mengagihkan wang di kalangan rakyat dan memberikan makanan kepada mereka serta tempat tinggal.
Masih terdapat ramai orang di dalam bangunan itu. Saya membahaskan sama ada saya perlu memberikan makanan dan wang semuanya kepada mereka atau tidak. Saya tahu saya akan berasa malu sekiranya wang habis dan saya tidak dapat menyelamatkan orang lain dan menyumbang kepada mereka.
Kemudian , Allah berfirman dari langit ” Orang-orang yang tidak berputus asa dari rahmat Allah dan kekal bersabar maka Allah akan memberikan ganjaran kepada mereka.Dan perbendaharaan Allah tidak akan habis dengan memberi sebaliknya ia terus bertambah dan Allah menguasai apa yang dilakukanNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar